May 09, 2010

 Kena tembak lagi......

"Lagi remaja ditembak polis" tajuk paper kosmo hari nie....
TAMPIN – Seorang remaja cedera parah di bahagian perut selepas anggota polis melepaskan satu das tembakan semasa dia dikejar dalam kejadian di Jalan Seremban- Jelebu dekat sini awal pagi semalam.

Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz, 17, difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditunggangi selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.

Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Aziz berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

“Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

“Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut,” katanya di HTJ di sini semalam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau remaja nie penjenayah yang mengancam nyawa polis tu xpe la kalu polis 2 nak balas tembakan tapi remaja nie cuba larikan diri sbb dikejar polis tersebut...xkan la sampai nak tembak org..lepas ni abes mat rempit mati kena tembak ngn polis..:p..keamanan tanggungjawab kita bersama..sama2 la kita pelihara keamanan negara..

1 comments:

BALI said...

OMG! I hope he will get well soon...