May 30, 2010

 Layan movie - Prince of Persia

Semalam aku bosan x tahu nak buat ape,aku pun g la panggung wayang.usya2 movie ape yang best.Lepas 2 aku amik keputusan tengok movie Prince of Persia.Pehhhh,best giler citer dia..xsia2 tiket aku beli...Korang layan movie trailer Prince of Persia.Kalu berminat nak tengok movie nie,cepat2 la g panggung.Confirm korang mesti seronok layan movie nie.Asal aku nak tengok citer IP Man tapi aku tertarik dengan iklan movie Prince of persia.Aku pun terus g kaunter beli tiket untuk tgk movie Prince of Percia.


Jom layan Trailer movie Prince of Percia


Aku Shahim

May 25, 2010

 Keyword Ideas oleh Pakcik Google

Petang nie aku boring sgt2,so aku pun ronda2 kat internet la dan aku terjumpa 'sign board' Google Search Based Keyword Tool. Aku xtahu kalu aku orang terakhir yang tahu pasal nie:) Bagi Adsense player mesti x kan lepaskan peluang untuk gunakan perkhidmatan percuma Pakcik Google nie.Mudah jer guna Google SKTool.Ape fungsi Google SKTool nie???
Fungsinyer cari keyword (kata kunci) yang korang nak la.

nie interface Google SKTool

Nak lagi paham tonto video kat bawah nie :)



p/s : Bagi korang yang dah biasa cari keyword utk Google Adsense cuba Google SKTool nie.Best..
Aku Shahim

 Tag Pertama Dari Rakan Blogger *_*

Pagi nie aku buka jer blog aku,rakan blogger telah meng'tag' aku...Terima kasih Ninie sudi menge 'tag' ^_^.
Bagi Ninie dia berdebar-debar nak jawab tag yang dia terima..Aku cool jer.hehehe :)..Inilah perbezaan jiwa lelaki dan perempuan..

Nak tahu ape tag2 yang aku kena bagi tau korang adalah :-

23 PERKARA YANG KORANG MUNGKIN X TAHU

Syarat-syarat:

a) Tulis 23 rawak (random) tentang diri anda (x kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)

b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)

c) Kalau x ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)

*****************************************************
1) Dalam perhubungan tak kira sebagai kawan/rakan kerja/kekasih,aku paling benci penipuan dan ketidak jujuran.

2) Kereta yang paling aku suka adalah keretaaaa lembu...gurau jer.. aku suka giler kereta Honda Type R
3) Aku suka berangan mempunyai empayar perniagaan di seluruh dunia dalam bidang teknologi maklumat :)

4) Aku x suka kalu kena selesema.Nak buat keje mmg terganggu

5) Makanan kegemaran aku pulak..emmm..semua aku telan yang penting halal dan x memberi kesan negatif pada kesihatan aku..so aku x memilih la :)

6) Aku suka belajar software-software yang ade kat internet.

7) Antivirus yang aku suka guna pulak adalah Antivirus Kaspersky.Jiwa aku dah serasi dengan antivirus nie.Setia pada yang 1 konon..ngeeee

8) Aku suka layan sume lagu.Lagu yang sedap di dengar dan aku paham.Bukan lagu yang menjerit entah bukan2..buat sakit telinga jer dengar..

9) Aku x suka ambil tahu tentang gosip2 artis.

10) Aku xsuka layan movie full cintan :)

11) Aku suka jenama Adidas.Kenapa aku suka,aku pun xtahu.kwang3

12) Kelab bola sepak aku fanatik sangat2 adalah Barcelona FC.Corak permainan dorang memang gempak.Lionel Messi adalah idola pemain bola sepak aku.

13) Kelab bola sepak yang aku x suka..eeemmmm.. Manchester United..aku xsuka ngn Pak cik Alex 2..cam nak s*p*k jer dia...lalalala.

14) Aku nak sangat2 pergi ke Bulan..hahahaha

15) Aku x suka menangguh sesuatu kerja yang aku buat.

16) Soal cinta lak...x nak pikir..

17) Aku harapkan untuk 10 tahun akan datang,aku bebas dari masalah kewangan. :)

18) Aku selalu jadikan mereka yang berjaya sebagai motivasi untuk aku teruskan memburu kejayaan yang aku inginkan.

19) Aku suka menonton Buletin Utama TV3

20) Aku harapkan untuk Final Piala Dunia, Sepanyol bertemu Brazil...

21) Aku anak ke 4 dari 7 adik beradik

22) Aku anak peneroka Felda

23) Dan yang terakhir,aku mahu jadi seorang insan yang berguna pada negara,bangsa,agama dan orang tua ku


Letih jugak aku menjawab soalan-soalan 'tag' yang di beri oleh Ninie.

Mangsa tag aku adalah :-


Selamat Mencuba ^_^



Aku Shahim

May 24, 2010

 Inter Milan juara


Aku bukan la peminat setia Inter Milan tapi aku dapat agak yang Inter dapat tewaskan Bayern Munich..Walaupun aku agak kecewa sebab Barcelona tidak dapat ke final Liga Juara-juara (Champions League) tapi Barcelona dapat meneruskan rentak untuk menjulang piala liga...Kemenangan Inter Milan menewaskan Bayern Munich 2-0 menjulang nama kelab tersebut selaku juara dalam perebutan Champions League...

Video Inter Milan Vs Bayern Munich

May 22, 2010

 Lagu PELITA - ( Noh Hujan & Azlan Typewriter)

Jom sama-sama layan lagu baru nie...



Lirik Lagu

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,
Tak pernah sesaat aku menyesali
apa yang telah daku nikmati
apa ku alami,
Selagi hayat di kandung badan

KORUS
Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat daku mencurigai
apa yang telah aku kecapi
setakat ini,
Tiba saatnya aku tangisi pada yang pergi takkan kembali
kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

ULANG KORUS
Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita

May 20, 2010

 Memang tension aku hari nie!!!!



Geram giler aku hari nie,gara-gara notebook Acer Aspire 4310 windows xp yang buat hal kali ke 3..Selama aku jadi juruteknik komputer nie notebook yang kerap buat hal selalu notebook Acer..Notebook len ok jer xde lah buat perangai cam notebook Acer..Bukan aku nak kutuk notebook Acer nie teruk sangat tapi kualiti barang dia teruk sgt...Nasib baik aku pakai notebook brand len kalu pakai Acer yang buat hal cmni dah lama aku buang dalam longkang...Notebook Acer mmg harga murah berbanding notebook brand lain tapi kualiti barang mmg xleh ??????Dah tanggungjwab aku troubleshooting masalah dekstop/notebook,tapi mmg tension jugak la bila dah setle bagi kat customer jer len masalah pulak yg datang,pada hal aku check sume xde pulak masalah..GERAM betulllll.....

May 19, 2010

 cinta terakhir. . .



kau. .cinta pertama ku. .

kau. .cinta terakhir ku. .

tiada apa. .yang bisa menafikan kasih kita. .

kau. .ayu di mataku. .

satu. .antara seribu. .

tiada tara di dunia. .

mungkinkan terputus di tengah jalan. .

mungkinkan terlerai tanpa ikatan. .

usah ragu dengan takdir. .

kau. .ayu di mataku. .

satu. .antara seribu. .

tiada tara di dunia. .

mungkinkan terputus di tengah jalan. .

mungkinkan terlerai tanpa ikatan. .

usah ragu dengan takdir. .

mungkin kita kan berbeza haluan. .

berakhirnya cerita percintaan. .

segalanya ketentuan tuhan. .

mungkinkan terputus di tengah jalan. .

mungkinkan terlerai tanpa ikatan. .

usah ragu dengan takdir. .

mungkin kita kan berbeza haluan. .

berakhirnya cerita percintaan. .

segalanya-segalanya. .

mungkinkan terputus di tengah jalan. .

mungkinkan terlerai tanpa ikatan. .

usah ragu dengan takdir. .

mungkin kita kan berbeza haluan. .

berakhirnya cerita percintaan. .

segalanya ketentuan tuhan. .

segalanya ketentuan tuhan. . .

Aku Shahim




May 18, 2010

 Ranking Alexa

Hari nie aku check ranking blog aku nie di Alexa menunjukkan blog aku berada di kedudukan 13 juta lebih...tiada ranking dalam Malaysia lagi sebab blog aku nie masih baru lagi :).So sekarang nie aku dalam proses uppsss kedudukan blog aku pada kedudukan lebih baik..Berbanding dengan ranking blog member aku yg berada kedudukan lebih baik dari aku...Dah lama member aku buat blog,x hairan la kalu blog dia berada kedudukan lebih dari aku.Nie blog member aku http://akufid.blogspot.com
nie result traffic ranking blog aku


yang nie pulak result traffic rank blog member aku

May 17, 2010

 Bosan


Ape yang korang buat bila bosan????
tengok tv........
baca majalah.........
surf internet.......
chat dekat Facebook.......
pergi shopping..........
......................................................

Aku kalu bosan sgt2,aku tido jer.. ^_^
tapi kalu bosan kat tempat kerja mmg xbest sbb mmg tak tau nak buat ape dah...
Hari nie pun aku banyak kerja tapi aku ttp bosan...

May 15, 2010

 "Facebook" Malaysia



Hari nie aku masuk website Kosmo untuk baca berita-berita menarik.Ape yang menarik perhatian aku adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam melancarkan laman sosialmyfriends2u.com bagi memudahkan golongan belia mengetahui aktiviti yang bersesuaian.Bila aku daftar jer,memang hampir 90% sama dengan laman sosial Facebook.Sama2 la kita menyokong usaha KBS nie.Cepat-cepat la join myfriends2.com :)


AHMAD Shabery mendaftar sebagai ahli myfriends2u.com di Putrajaya semalam.







 Award Pertama


Pagi nie aku buka jer blog,aku terima mesej kat chatbox yang mana blog aku terpilih untuk menerima award friendship dari salah seorang blogger iaitu fasya. Terima kasih Fasya :)
sebenarnya aku jarang komen2 kat blog org nie sbb aku jarang online.

 Jom servis komputer ^_^

  • Korang xda masa nak servis/cuci komputer???
  • Tiada pengalaman buka komputer anda???
  • Alahan dengan habuk-habuk yang ada dalam komputer??
  • Mengambil masa untuk membuka skru2 yang ada pada komputer??
Lupakan segala permasalahan di atas,hanya tiru aksi di bawah ^_^..mudahkan.

May 13, 2010

 Jom Exchange link.....



Pada sape2 yang berminat untuk exchange link dengan blog Akushahim.blogspot.com,di alu-alukan.Banyak kebaikan jika bertukar link antara meningkatkan trafik ke blog anda dan juga meningkatkan backlink blog anda...

Jika anda berminat sila masukkan link blog nie ke dalam blog anda

Nama blog : AkuShahim
Link blog : http://akushahim.blogspot.com

setelah anda masukkan link blog AkuShahim ke blog anda sila sertakan nama blog anda dan url blog anda pada ruangan komen di bawah ea..

 Burung camar tertusuk damar


SCARBOROUGH, Britain - Seekor burung camar masih hidup setelah kepalanya tertusuk damak dari busur silang akibat perbuatan kejam manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih ajaib, burung itu masih dapat terbang seperti biasa walaupun damak itu tertusuk di kepalanya.

Camar malang itu ditemui oleh Graham Rhodes iaitu seorang jurugambar yang tinggal di sini.

"Ia adalah kes serangan kedua terbaru di sini setelah seekor lagi burung camar ditemui dengan sayap yang tercedera," kata Rhodes.

Menurutnya, banyak burung camar datang ke bandar itu semasa musim mengawan dan dia kerap melihat burung tersebut bersama pasangannya semasa keluar bersiar-siar. - Agensi

May 12, 2010

 Ape sudah jadi nie....

Ape sudah jadi dengan pemain2 badminton Malaysia tewas pada Jepun..mungkin disebabkan pemain malaysia pandang mudah pada pemain Jepun,akhirnya kekalahan yang memalukan yang diterima...Elok2 Malaysia mendahului 2-0 akhirnya peluang di sia2 kan..Aku tengok kat TV pun hilang mood aku bila tengok corak permainan pemain Malaysia nie..Lepas nie skuad badminton menentang pasukan Denmark..so aku harap sgt2 pemain badminton Malaysia buat yang terbaek..tebus kembali kekalahan..belasah cukup2 pasukan Denmark..he3.. Malaysia Boleh!!!
Aku kagum dengan Rexy Mainaky yang memohon maaf kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta seluruh penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil ekoran tindakan memalukan pemain beregu negara, Mohd. Fauruz-i zuan Mohd. Tazari selepas aksi menentang Jepun semalam.Fauruzizuan yang berpasangan dengan Mohd. Zakry Abdul Latif di- lihat hilang kawalan apabila cuba meluru ke arah penonton selepas di- ejek apabila tewas kepada beregu Jepun, Kenichi Hayakawa-Kanta Kazuno 15-21, 12-21.Fauruzizuan,anda kena banyak bersabar.Jangan buat tindakan yang akan memalukan anda..Semua peminat inginkan kemenangan..

Sama-samalah kita beri sokongan padu pada skuad badminton negara.. :)

May 11, 2010

 Tinggal kenangan

Aku bukan nak cerita pasal kenangan pahit manis aku tapi "tinggal kenangan" tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Saleem..Best jugak layan lagu2 otai 90-an nie..jiwang rock..uishhh..
Bila layan lagu nie teringat pulak kenangan lama... :)
Kalu x pernah lagi dengar lagu nie,boleh play video kat bawah nie ea...







Lirik :
Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan...

May 10, 2010

 Chelsea Mengganas.....

Walaupun aku peminat setia Barcelona Fc,aku tabik ngn kelab Chelsea kerana telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju liga perdana England (EPL) mengetepikan musuh tradisinya Manchester United *aku mmg anti ngn kelab M.U..opsss jgn marah ea kepada peminat kelab M.U...*Kejayaan nie diperoleh penuh bergaya selepas kelab Chelsea membelasah Wigan 8-0 pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge.Caya la Chelsea..Bila la Chelsea nak fight ngn Barcelona ea..x sabor aku untuk menyaksikannya...hehe3...msti perlawanan yg sgtttttt menarik..Kepada peminat setia M.U jgn bersedih ea kerana terlepas kejuaraan.. :p

May 09, 2010

 Kena tembak lagi......

"Lagi remaja ditembak polis" tajuk paper kosmo hari nie....
TAMPIN – Seorang remaja cedera parah di bahagian perut selepas anggota polis melepaskan satu das tembakan semasa dia dikejar dalam kejadian di Jalan Seremban- Jelebu dekat sini awal pagi semalam.

Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz, 17, difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditunggangi selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.

Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Aziz berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

“Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

“Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut,” katanya di HTJ di sini semalam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau remaja nie penjenayah yang mengancam nyawa polis tu xpe la kalu polis 2 nak balas tembakan tapi remaja nie cuba larikan diri sbb dikejar polis tersebut...xkan la sampai nak tembak org..lepas ni abes mat rempit mati kena tembak ngn polis..:p..keamanan tanggungjawab kita bersama..sama2 la kita pelihara keamanan negara..

May 08, 2010

 Selamat Hari Ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
ibu...ibu...ibu...I love U,Ibu

May 06, 2010

 Confirm dapat kerja.... ^_^



Bagi korang yang tgh cari contoh surat utk permohonan kerja..Surat di bawah nie pun boleh jadi rujukan....hehehe...(mcm nie pun ade gak ke???teruskan membaca)

----------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik angkat saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p
831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK) Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)

!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat
serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor


p/s: kalu nak buat surat permohonan kerja,lebih baik korang buat sendiri bukan susah mane pun..kalu cari kat internet merapu jer..tapi ade yg ok..cnth surat kat atas nie jgn tiru lak..hanya sekadar di baca waktu lapang...

May 05, 2010

 Best pulak layan game Facebook


Dah lama aku xupdate blog aku nie..semenjak 2 3 hari nie aku bosan sgt on9 fb..so aku pun try men game yg de kat Fb nie..selama nie aku tgk member aku jer yg layan game2 kat FB..aku pun bosan sgt maka aku pun layan game FB..game yg aku selalu men game Island Paradise..syok pulak bila berkebun...huhuhu...berkebun secara on9..cukup jam dapat hasil..hehehe..sekurang2nya aku xla rasa bosan sgt..sekadar mengisi masa2 bosan aku...

April 29, 2010

 Bedah Siasat....

Aku bukan bedah siasat manusia tapi bedah siasat notebook acer kat bawah nie...Masalah notebook nie bila ON jer xde display ape2 pun..Bila bedah siasat di lakukan dah tau ape punca..rupa-rupanya chipset graphic dah burn..sebab ON notebook lama sgt..notebook nie member aku punyer..dia nie kaki gaming..Kalu dah men game x ingat dunia dah...Malam tadi aku bedah siasat notebook nie... ^_^..



Kat bawah nie alat pembedahan aku..heheh3..2 skrew driver jer...



motherboard





kipas processor

kerangka bahagian atas


kerangka bahagian bawah

skrin


hard disk,ram....


penyejuk grafik chipset






April 28, 2010

 Semangat Baru,Perjuangan Yang Satu





Lirik lagu Esktravaganza oleh Bunkface

Semangat baru..
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku..
Hanya untukmu..

Tapi keadaanmu..
Berikan aku..
Berikan aku satu petanda..
Prasangka.. Aku kalah……

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
Kata hatimu.. (kata hatimu)
.
Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Persepsi diri..
Ada maksud sendiri..
Dan propaganda ku rasa..
Luar biasa….

Tapi keadaanmu..
Berikan aku..
Berikan aku satu petanda..
Prasangka.. Aku kalah lagi……

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
Kata hatimu.. (kata hatimu)

wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
(kata hatimu)

wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh


April 27, 2010

 aku lebih sayang Uncle G...

owhhh Uncle G,aku menyayangimu.(dah mula dah)...sebelum 2 korang tau ke sape Uncle G nie.
ala korang selalu guna khidmat Uncle G.xpaham jugak????aku bagitau sape Uncle G nie.Uncle G nie Uncle Google. ^_^.ala Google..nape aku panggil Uncle G,nape xpanggil Aunty G @ Grandma/fa G jer.. Sebab utama aku panggil Google adalah Uncle G nie sebab owner google lelaki mungkin sebaya ayah aku..hehehe3..sesuai la dengan panggilan Uncle G..so cmne lak dengan Uncle Y(yahoo), uncle B (Bing)..Uncle2 nie xbest la bagi aku,lagi pun uncle2 nie sempot *hahaha..bila tanya uncle G,banyak jawapan dia bagi kat aku..sejak 2 3 hari nie aku selalu jer tnya Uncle G tentang *Cik Adik Manis a.k.a C.A.M* tapi Uncle G jawab ckit jer maybe Uncle G malu nak jawab banyak2.hahahaha...apela yang aku merapu kan..nak lebih paham..ramai orang cari maklumat kat google sebab google la yang banyak beri info kat kita berbanding enjin carian lain seperti yahoo,bing dan macam2 lagi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sape pulak uncle nie...mane Uncle G kesayangan aku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Uncle G aku cbuk buat keje...

April 26, 2010

 Aaaa....aku bosannnnn


Hari nie mmg bosan..sbb aku x g konvo sbb ??????...secret la..mane leh bagitau korang.lalala
Member sekerja aku pergi kulim semalam,sbb awal pagi nie dorang kena buat raptai konvo..
sedih jugak la sbb xjoin sekali..aku buat keje sorang2..bosan ini perkataan yg aku dpt ungkapkan...

 Macam teruk jer header blog aku nie

fuhh...kurang 3 minit jer aku buat header blog aku nie..aku pakai adobe photoshop utk buat header blog, x cantik pon.xde bakat nak design2 nie..so nie la hasilnya..*mcm hampeh (korang jgn bisik dalm ati-malu aku) *..

 akushahim???sape dia nie???

nie first entri aku untuk blog akushahim.blogspot.com..sebenarnya dah lama aku tahu hal selok belok blogspot tetapi di sebabkan aku jatuh cinta ngn blog self-host sendiri maka aku ceraikan blogspot nie...*sori sayang bukan bermaksud abg nak lupakan ayang*hahaha...

nape nama domain akushahim.blogspot.com yang aku pilih??..nape x pilih domain len..emmmm
kalu korang nak tahu shahim nie singkatan nama penuh aku shahrul naim..so,bila aku short kan jadi shahim...al maklumla aku nak gak nama manje..hahaha...

dah macm2 jenis blog yg aku setup...smpai xlarat nak manage...(itu la len kali jgn tamak)..yg hanya tinggal blog Aurablogger.com.

Aurablogger.com nie adalah blog pertama aku..blog yang guna hosting berbayar..blog nie aku guna hosting dari Netkl.com..semenjak aku guna hosting dari Netkl,server dorang xpenah buat hal lagi..aku memamg puas hati dengan servis dorang..Bape ringgit aku langgan hosting Netkl??murah jer RM60.00 setahun sekali dengan domain..murah dan servis terbaek punyer...

Aku mimpi ape ea tiba2 je rujuk kembali ngn blogspot setelah beberapa bulan kami bercerai..*makin menaip makin merapu lak aku nie*

Yela..blogspot kan percuma..so create banyak2 blog xde hal...free jer..kalu berbayar...oishhhh..xlarat nak bayau *keluar loghat melaka walaupun aku duk kedah..lalala*..

ahhhh..aku dah penat tekan keyboard nie..so,setakat di sini jer merapu..kebabommmmm