Pagi nie aku buka jer blog aku,rakan blogger telah meng'tag' aku...Terima kasih Ninie sudi menge 'tag' ^_^.
Bagi Ninie dia berdebar-debar nak jawab tag yang dia terima..Aku cool jer.hehehe :)..Inilah perbezaan jiwa lelaki dan perempuan..
Nak tahu ape tag2 yang aku kena bagi tau korang adalah :-
23 PERKARA YANG KORANG MUNGKIN X TAHU
Syarat-syarat:
a) Tulis 23 rawak (random) tentang diri anda (x kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
Syarat-syarat:
a) Tulis 23 rawak (random) tentang diri anda (x kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
c) Kalau x ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)
c) Kalau x ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)
*****************************************************
1) Dalam perhubungan tak kira sebagai kawan/rakan kerja/kekasih,aku paling benci penipuan dan ketidak jujuran.
2) Kereta yang paling aku suka adalah keretaaaa lembu...gurau jer.. aku suka giler kereta Honda Type R

3) Aku suka berangan mempunyai empayar perniagaan di seluruh dunia dalam bidang teknologi maklumat :)
4) Aku x suka kalu kena selesema.Nak buat keje mmg terganggu
5) Makanan kegemaran aku pulak..emmm..semua aku telan yang penting halal dan x memberi kesan negatif pada kesihatan aku..so aku x memilih la :)
6) Aku suka belajar software-software yang ade kat internet.
7) Antivirus yang aku suka guna pulak adalah Antivirus Kaspersky.Jiwa aku dah serasi dengan antivirus nie.Setia pada yang 1 konon..ngeeee
8) Aku suka layan sume lagu.Lagu yang sedap di dengar dan aku paham.Bukan lagu yang menjerit entah bukan2..buat sakit telinga jer dengar..
9) Aku x suka ambil tahu tentang gosip2 artis.
10) Aku xsuka layan movie full cintan :)
11) Aku suka jenama Adidas.Kenapa aku suka,aku pun xtahu.kwang3
12) Kelab bola sepak aku fanatik sangat2 adalah Barcelona FC.Corak permainan dorang memang gempak.Lionel Messi adalah idola pemain bola sepak aku.
13) Kelab bola sepak yang aku x suka..eeemmmm.. Manchester United..aku xsuka ngn Pak cik Alex 2..cam nak s*p*k jer dia...lalalala.
14) Aku nak sangat2 pergi ke Bulan..hahahaha
15) Aku x suka menangguh sesuatu kerja yang aku buat.
16) Soal cinta lak...x nak pikir..
17) Aku harapkan untuk 10 tahun akan datang,aku bebas dari masalah kewangan. :)
18) Aku selalu jadikan mereka yang berjaya sebagai motivasi untuk aku teruskan memburu kejayaan yang aku inginkan.
19) Aku suka menonton Buletin Utama TV3
20) Aku harapkan untuk Final Piala Dunia, Sepanyol bertemu Brazil...
21) Aku anak ke 4 dari 7 adik beradik
22) Aku anak peneroka Felda
23) Dan yang terakhir,aku mahu jadi seorang insan yang berguna pada negara,bangsa,agama dan orang tua ku
Mangsa tag aku adalah :-
Selamat Mencuba ^_^
5 comments:
saya gune antivirus nod32.. hahahaha cun je.. hehehe
citarasa len2 :)
huhuh
tag neh kdg kdg syok gak layan.
huhuh
harap england masuk final...ngeeee....^_^
reen :eratkan hubungan antara blogger
puput :peminat england ea,chaiyokkk..
Post a Comment